Friday, July 2, 2010

Jihad Ekonomi

Alhamdulillah, dengan penuh kesedaran dipanjatkan kesyukuran atas nikmat yang tidak terhitung daripada Allah Rabbul-Jalil.

Selawat dan Salam yang berterusan ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa petunjuk dan kunci kehidupan dunia dan akhirat, seterusnya ke atas ahli keluarga Baginda s.a.w., para sahabat r.a.

Dunia adalah jambatan ke akhirat, tempat kita bekerja dan bercucuk-tanam untuk menuai hasilnya di akhirat nanti, insya Allah. Maka atas saranan Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w. tentang berniaga dan kaitannya dengan rezeki, hamba yang dhoif ini mengasaskan blog ini yang bertujuan untuk berkongsi dengan para pengunjung dalam rangka untuk bersama-sama membangunkan ekonomi ummah.

Insya Allah, dengan izin dan pertolongan-Nya jua dapat kita realisasikan kekuatan ummah yang menyeluruh sama ada fizikal, material, spiritual, psikologi, minda dan emosi. Juga yang terpenting menjana kekuatan ummah dari sudut Iman, Islam dan Ehsan, insya Allah.

Mari kita bersama-sama berkongsi tenaga, usaha, buah fikiran dan apa sahaja yang dapat dikongsikan untuk memajukan ekonomi, perniagaan, hasil-hasil dan produk Muslim yang halal lagi suci dan bermutu. Saudara dan saudari sama ada terlibat dengan bidang niaga, konsultan, khidmat nasihat dan apa-apa yang melibatkan pembangunan ekonomi diseru bersama-sama dengan hamba yang dhoif untuk menjayakan misi ini.

No comments:

Post a Comment