Monday, October 29, 2012

MADRASAH AZ-ZIKR

BICARA TAKAFUL

Siri Pertama: PERLINDUNGAN


Terhadap Sumber Pendapatan

Adakah anda setuju sumber pendapatan adalah penting dalam kehidupan?
Ya, bukankah dengan mempunyai pendapatan anda dapat…...

- memenuhi keperluan hidup seharian.
- tunaikan keperluan nafkah kepada tanggungan.
- merasai nikmat berbelanja dan ada kuasa membeli.

Berapakah pendapatan yang anda perolehi sebulan?

- Anda merasa cukup dengannya?
- Atau cukup-cukup makan sahaja?
- Atau tidak cukup sama sekali dan perlu pendapatan tambahan?

Apakah anda yakin sumber pendapatan anda akan terus berkekalan?

- Anda yakin dapat terus bekerja dan memperolehi pendapatan?
- Pendapatan terjamin kerana kewangan syarikat yang kukuh.
- Apa akan terjadi kepada pendapatan tersebut sekiranya anda sudah tidak berupaya lagi untuk    bekerja?
- Atau lebih dahsyat lagi apabila kita kembali menyahut panggilan Ilahi.

Berapa lama anda boleh bertahan sekiranya sumber pendapatan terputus?

- Sebulan, beberapa bulan, setahun, beberapa tahun atau tiada kepastian.
- Atau anda mempunyai sumber-sumber lain yang sama jumlahnya serta mencukupi. Sekiranya tiada .......
- Apa akan terjadi kepada keperluan asasi diri anda yang sebelum ini dapat dipenuhi?
- Bagaimana dengan nasib anak-anak, isteri dan keluarga tercinta?
- Bagaimana dengan kuasa membeli yang ada sebelum sumber pendapatan terputus?

Bertindaklah segera, bak kata pepatah “Malang Tidak Berbau” dan
Sediakan Payung Sebelum Hujan”.

Untuk penyertaan dan pertanyaan, Sila hubungi:

Syed Abu Bakar 016-640 0554
rezeki-abdullah.blogspot.com
(syabinyahya@gmail.com)



TAKAFUL

Monday, February 6, 2012

Pilihan Modul Untuk Kursus Anjuran Warisan Kreatif Resources

Kem Motivasi Bina Insan
Pengenalan

Kecemerlangan diri di kalangan remaja merupakan suatu isu yang sangat penting bagi sesebuah negara. Ia adalah salah satu daripada faktor penting yang dapat menentukan sama ada sesebuah negara itu menjadi sebuah negara yang makmur, maju dan berdaya saing. Sementara itu, para pelajar pula adalah pelapis bagi generasi pemimpin yang ada masa kini. Berdasarkan kepada situasi tersebut, maka dengan itu kami tampil dengan modul motivasi bina insan khusus untuk pelajar sekolah sebagai salah satu daripada usaha kami dalam memberi sumbangan untuk melahirkan generasi pemimpin yang berkaliber dan bertaqwa.

Rasional
Dewasa ini, pelajar memerlukan pengisian berbentuk rohani dan jasmani dalam usaha untuk memantapkan diri bagi mencapai kecemerlangan sama ada dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan akhlak sejajar dengan dengan matlamat negara untuk mencapai kemajuan dan pembangunan yang seimbang dengan kehendak prinsip Islam.Oleh itu, program ini bertujuan bagi melahirkan bakal pemimpin yang berjiwa Islam di masa akan datang.

Objektif

1. untuk meningkatkan tahap motivasi di kalangan peserta kursus.

2. untuk memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam kepimpinan pelajar.

3. untuk memantapkan aspek spiritual para peserta berlandaskan konsep mendekatkan diri kepada Allah.

4. untuk melatih peserta dengan kaedah pembelajaran yang efektif mengikut potensi diri masing-masing.

5. untuk menyedarkan pelajar tentang potensi diri dalam pembinaan sahsiah yang murni.


Maklumat Lanjut:
Yuran Konsultansi : RM30/= seorang tanpa makan dan minum *
Rujukan : Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Isa (016-6400554)&Ustaz Rosdi bin Hasan (017-3168396)

* Tertakluk kepada syarat dan perubahan dari masa ke semasa.

LAMPIRAN
Berikut adalah antara modul yang boleh dipilih oleh pihak pelanggan. Kaedah yang digunakan untuk menyampaikan modul-modul tersebut sama ada melalui ceramah, bengkel ataupun aktiviti luar. Kesemua modul ini akan disesuaikan mengikut tahap umur sekolah rendah, menengah mahupun dewasa bergantung kepada keperluan pelanggan dan peserta.

Modul 1 (Mengenal Allah)

• Zat, Af’aal, Asmaa’ dan Sifaat

Modul 2 (Mengenal Kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w.)

• Nasab dan Keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
• Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
• Keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w.
• Sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Modul 3 (Mengenal Diri dan Potensi Diri)

• Lemah atau kuat
• Berani atau takut
• Ingat atau lupa
• Baik atau jahat
• Gembira atau duka
• Senang atau susah
• Kaya atau miskin

Modul 4 (Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang – Kasih Sayang)

• Hidup bermula dengan kasih sayang
• Persoalan kasih sayang Allah
• Setiap surah bermula dengan Basmalah kecuali surah at-Taubah – bukti Sifat Allah

Modul 5 (Hidup dengan Ruh)

• Persoalan Jasad dan Ruh
• Persoalan Ruh Islam dalam kehidupan

Modul 6 (Pembuka – Klinik al-Fatihah)

• Salah satu Rukun Solat
• Membaca dengan betul
• Memahami kandungan dan menghayati pengajaran

Modul 7 (Klinik Solat)

• Wuduk
• Rukun Solat
• Kesedaran Solat

Modul 8 (Bacaan Qasidah)

• Membaca mengikut rentak
• Memahami Qasidah
• Menghayati Qasidah

Modul 9 (Tulisan Khat)

• Pengecaman tulisan
• Latihan menulis khat
• Konsep sabar dan teliti

Modul 10 (Kompang)

• Pengecaman bunyi dan rentak
• Penerapan nilai seni dalam diri
• Latihan bekerjasama dalam kumpulan

Modul 11 (Ujian prestasi diri)

• Ujian kenesiologi (minat, kelemahan, masa belajar)

Modul 12 (Bengkel belajar)
• Masa belajar
• Tempat belajar
• Cara/kaedah belajar

Modul 13 (Teknik Mengingat)

• Kategori
• Kod warna
• Chunking
• Visualisasi
• Perkaitan

Lain-lain (Sembelihan, Pemakanan dalam Islam, Bahasa Arab Pondok, Tahsinul Qur’an……)

Maklumat Lanjut:

Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Isa (016-6400554)
Ustaz Rosdi bin Hasan (017-3168396)

Friday, July 2, 2010

Jihad Ekonomi

Alhamdulillah, dengan penuh kesedaran dipanjatkan kesyukuran atas nikmat yang tidak terhitung daripada Allah Rabbul-Jalil.

Selawat dan Salam yang berterusan ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa petunjuk dan kunci kehidupan dunia dan akhirat, seterusnya ke atas ahli keluarga Baginda s.a.w., para sahabat r.a.

Dunia adalah jambatan ke akhirat, tempat kita bekerja dan bercucuk-tanam untuk menuai hasilnya di akhirat nanti, insya Allah. Maka atas saranan Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w. tentang berniaga dan kaitannya dengan rezeki, hamba yang dhoif ini mengasaskan blog ini yang bertujuan untuk berkongsi dengan para pengunjung dalam rangka untuk bersama-sama membangunkan ekonomi ummah.

Insya Allah, dengan izin dan pertolongan-Nya jua dapat kita realisasikan kekuatan ummah yang menyeluruh sama ada fizikal, material, spiritual, psikologi, minda dan emosi. Juga yang terpenting menjana kekuatan ummah dari sudut Iman, Islam dan Ehsan, insya Allah.

Mari kita bersama-sama berkongsi tenaga, usaha, buah fikiran dan apa sahaja yang dapat dikongsikan untuk memajukan ekonomi, perniagaan, hasil-hasil dan produk Muslim yang halal lagi suci dan bermutu. Saudara dan saudari sama ada terlibat dengan bidang niaga, konsultan, khidmat nasihat dan apa-apa yang melibatkan pembangunan ekonomi diseru bersama-sama dengan hamba yang dhoif untuk menjayakan misi ini.